
aku sayang sangat these lil’ munchkins kerana mereka merupakan bingkisan Allah untuk ku dalam mempelajari makna kasih- sayang dan berkongsi apa yang ada dalam hidup ini sesama insan lain. Mungkin juga mereka pakej latihan untuk ku sebelum mempunyai anak sendiri, Insyaallah.
Actually, birthday tickers kat blog ni diorang punya la. Walaupun mereka sekadar pinjaman (maklumlah anak orang kan), tapi seronoknya hati ini bila diorang terus dapatkan kita apabila jaga dari tidur. Atau tak bagi kita balik bila cakap kakak nak keluar ni. Atau bila takut dengan orang lain, dia peluk kita kuat- kuat. Memang rasa sayang sangat. Bila tak jumpa, rasa rindu je.
Sebab tulah aku tak paham, nape la ada orang yang sanggup buang anak. Sedangkan sayang budak- budak pun dapat pahala. Inikan pulak membesarkan anak, lagilah besar ganjarannya.
PLEASE LAH STOP BABY DUMPING!!!
No comments:
Post a Comment